Wednesday, February 13, 2013

Beef Pie (Pie daging)



CHICKEN PIE / BEEF PIE
Sumber pastri dr Myresipi
Bahan-bahan ( 8 biji pie kecil )
DOH PIE :
150gram butter
280gram tepung gandum halus (yg tak payah diayak lagi)
1 biji kuning telur (dipukul)
secubit garam halus
1 sudu teh gula halus

INTI PIE: (Style teman)
1 biji kentang (potong dadu)
(*) ½kg daging hancur
(*) 1 biji lobak merah (potong dadu)
~kalau nak guna mix vegetable pon OK~
1 biji bawang besar (cincang)

BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE:
2 sudu minyak masak
*Sos tiram
*Sos Cili
*Sos Tomato
lada sulah (serbuk) secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung(larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air)

Cara-cara CARA-CARA MEMBUAT INTI PIE:
>Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya.
>Panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar ..
>Masukkan daging & carrot
>Masukkan semua sos & lada sulah..
>Rasa dulu sblm menambah garam sbb pada teman gabungan sos2 tu dah ckup rasa.
>Kacau rata, dan masukkan bancuhan tepung jagung.
>Angkat, & masukkan dlm penapis santan supaya semua minyak dpt tos..

CARA-CARA MEMBUAT DOH:
Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata.
Gaul semua bhn2 doh diatas (guna tangan jer).
Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk (kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung).
Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie.
Potong lebihan tepi doh. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie. Kalau nak gunakan pie cup aluminium yang pakai buang tuh pon boleh, lagi senang.
Sedia untuk di 'ngap' seisi keluarga... Selamat Menjamu Selera

No comments:

Post a Comment